Sebelum anda memulakan diet ketogenik anda perlu tahu apakah makanan-makanan yang anda perlu elakkan. Saya ingin kongsikan di sini 9 jenis makanan yang dilarang sekiranya anda ingin menjalani diet ketogenik. Badan anda tidak boleh berada di dalam keadaan ketosis (hidup dengan sumber tenaga dari lemak) sekiranya anda memakan makanan-makanan ini.
1. Makanan yang manis. Ini termasuklah kek, kuih-muih, air berkabonat, jus buah-buahan (perah sendiri ataupun diproses), smoothie, ais krim, gula-gula, dan cokelat.
2. Makanan yang berkanji (Starch). Anda tidak boleh makan makanan yang dibuat dari gandum, beras, pasta, cereal dan lain-lain. Makanan ini semua mengandungi sumber kabohidrat. Ini juga termasuklah gorengan yang bercampur tepung gandum, atau tepung beras.
3. Majerin. Mula dari sekarang jangan lagi makan majerin. Majerin sangat berbahaya dari segi kesihatan. Elakkan sama sekali mana-mana makanan yang dimasukkan majerin. Termasuklah kmakanan dari gandum, beras, pasta, cereal dll burger tepi jalan, kuih raya dll.
3. Bir (Beer) dan minuman berakohol. Bir (beer) dan minuman beralkohol.
4. Buah buahan – semua jenis buah-buahan mengandungi gula. Untuk berjaya di dalam diet ketogenik anda perlu hentikan memakan buah-buahan. Buah-buah yang dibenarkan cuma strawberi dan blueberi kerana rendah gula.
5. Kekacang, bijirin – semua jenis kacang dan makanan yang diperbuat darinya seperti kacang merah, kacang hijau. Anda hanya dibenarkan memakan almond.
6. Ubi – semua jenis ubi. Ubi kentang, ubi kayu, ubi keledek. Dan juga tumbuhan yang tumbuh di dalam tanah – sengkuang, karot, dan lain-lain.
7. Makanan rendah lemak (low fat) – dengan diet ketogenik kita perlu makan lebih lemak bukannya rendah lemak. Jadi hentikan dari membeli makanan rendah lemak ini.
8. Sos – apa juga jenis sos yang dibeli seperti sos cili, sos tomato, kicap manis, kicap hitam, sos tiram dan
9. Makanan “Sugar Free”